ILMU DAN AMAL: PENUNJUK JALAN YANG SETIAOleh: Ahmad Sufyan bin Che AbdullahUtusan Malaysia, 19 September 2003Perkembangan mutakhir menunjukkan simpton wabak keruntuhan akhlak di kalangan remaja semakin merebak. Pendedahan
demi pendedahan oleh media mahupun siber tentang perlakuan remaja semakin meloyakan. Tambahan pula, gambar-gambar aksi kurang
sopan yang didedahkan terutama di dalam internet itu melibatkan golongan mahasiswa universiti yang dianggap berdaya intelek,
berilmu, dan bakal menjadi pegawai-pegawai yang berkhidmat untuk masyarakat! Perkembangan ini seakan menjelaskan ilmu di minda
sudah tidak lagi memberi kesan kepada hati!
Seandainya satu dua yang terdedah kepada umum, mungkin ada seratus lagi
kes yang terselindung dari pandangan. Di manakah silapnya? Orang berilmu juga boleh terjebak dalam jenayah sosial yang cukup
memalukan? Bukankah ilmu itu memandu ke arah kebaikan? Bukankah semakin berilmu, semakin jelas petanda wujudnya Yang Maha
Pencipta? Tidakkah ilmu boleh menjadi panduan untuk membezakan yang mana betul dan yang mana salah? Ilmu yang sepatutnya menjadikan
hitam putih sesuatu itu semakin jelas, ternyata sudah menjadi kelabu!
MANUSIA PERLUKAN ILMU
Naluri
semulajadi yang membezakan antara manusia dengan ciptaan Tuhan yang lain ialah daya inkuiri yang menuntut mereka mencari ilmu
bagi kepuasan akal. Seperti dalam kisah Nabi Ibrahim yang tertanya-tanya akan bagaimana keadaan dunia selepas mati. Bukan
baginda tidak yakin dengan kemampuan Ilahi, tapi kerana daya inkuiri yang sentiasa mahukan bukti.
Islam sebagai agama
fitrah, agama yang menepati naluri manusia, adalah cara hidup yang amat mementingkan ilmu. Jelas, kerana tanpa ilmu manusia
tidak dapat melakukan apa-apa secara sendirian tanpa panduan. Hatta si kecil yang mahu menyuapkan nasi ke mulut pun terpaksa
belajar daripada ibunya. Islam amat menyanjungi orang yang berilmu, kerana hanya orang yang berilmu yang dapat membezakan
antara yang benar dan yang salah. Firman Allah: “Adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui?
[al-Zumar: 9] “Sesungguhnya orang yang paling takut pada Allah hanyalah para ulama’” [Fatir: 28]
Rasulullah
s.a.w. telah bersabda dalam sebuah hadith yang diceritakan oleh Abu Hurairah r.a.: “Sesiapa yang mengambil inisiatif
untuk menuntut ilmu, maka Allah permudahkan baginya jalan menuju ke syurga” [Hadith Riwayat Muslim: 2699] Betapa ilmu
yang bermanfaat, dapat menundukkan hati manusia kepada Allah, seterusnya membawa jiwa-jiwa yang tenang dalam perhambaan ini
kepada Syurga.
ILMU YANG BERMANFAAT
Pada asalnya, semua ilmu adalah membawa kepada kebaikan
kecuali ilmu yang dipelajari daripada syaitan iaitu ilmu sihir dan ilmu tenung nasib. Ilmu akan memandu pemiliknya ke arah
jalan yang betul supaya mereka ini tidak mudah tersesat dalam perjalanan mereka. Jika pun tersesat, mereka ada keupayaan untuk
kembali ke pangkal jalan dan tidak teraba-raba bagai pengemudi kapal di lautan gelap tanpa bintang penunjuk arah.
Islam
telah menetapkan ilmu asas bagi seorang mukmin sebagai ilmu Fardhu Ain. Ilmu ini mesti dituntut oleh seorang hamba bagi merealisasikan
kehidupan seorang hamba dengan Tuhan, dengan dirinya dan dengan hamba-hamba yang lain. Ilmu yang paling penting ialah ilmu
tauhid. Ilmu yang dapat mengenalkan seorang hamba dengan Tuhannya, seorang manusia dengan Penciptanya. Seterusnya ilmu asas
untuk mereka melakukan pengabdian (ibadah) kepada Tuhan iaitu ilmu fiqh yang membicarakan sama ada sah atau tidak sembahyangnya.
Akhirnya ialah ilmu akhlak yang mendidik manusia menjadi insan yang ikhlas beramal, melakukan yang terbaik untuk Allah dan
manusia sejagat.
Namun untuk merealisasikan tuntutan Syariah tidak cukup tanpa ilmu-ilmu bantu yang dinamakan ilmu
fardhu kifayah. Untuk sembahyang contohnya, kita perlukan masjid yang memerlukan jurutera dan pekerja binaan. Ibadah haji
pula memerlukan kapal terbang, yang perlu dicipta oleh saintis. Bahkan tanpa doktor yang tahu tentang ilmu kesihatan, kita
sudah tentu susah untuk beribadah bila badan sudah sakit. Oleh itu, ilmu fardu kifayah seperti ilmu kejuruteraan, kedoktoran,
perkomputeran dan lain-lain juga diperlukan. Bahkan sekarang ini, para saintis amat diperlukan untuk membuktikan keajaiban
fakta-fakta di dalam kitab al-Qur’an secara saintifik yang boleh menyerlahkan tentang kehebatan Allah yang mencipta!
Jelas,
setiap perkara perlukan ilmu. Ilmu yang bermanfaat bukan sahaja pada diri sendiri, tapi pada orang lain juga.
LUPA
ASAL HALA TUJU
Apa yang berlaku sekarang ialah ilmu yang sedang dipelajari itu sudah dilupai hala tuju asalnya.
Ibarat seorang yang mendaki bukit yang menemui taman-taman indah di perjalanan, lantas terlupa tujuan asalnya untuk menawan
puncak bukit tadi! Ilmu yang pada asasnya membawa manusia kepada kebaikan tidak memberi apa-apa kesan terhadap diri. Seolah-olah
hati manusia tidak boleh berkomunikasi dengan minda mereka sendiri. Ya, akal tahu yang mana benar dan yang mana salah, tapi
hatilah yang menggerakkan untuk melakukan kesalahan ataupun memilih kebaikan. Daripada Nukman bin Basyir r.a. melaporkan bahawa
beliau mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “...Ketahuilah bahawa di dalam tubuh manusia ada seketul darah yang apabila
ia rosak, rosaklah keseluruhan jasad dan apabila ia baik, baiklah keseluruhannya, ketahuilah itulah hati!” [Muttafaq
`Alayh]
Lihatlah betapa ramainya orang yang berilmu yang melakukan kemungkaran, dan kemaksiatan kepada Allah walau
ilmu memenuhi akal. Ada juga yang hanyut dengan ilmunya yang banyak sehingga menafikan hak orang lain untuk dihormati, disayangi
dan dikagumi. Ilmu membuatkan dia ego, bongkak, sombong, besar diri dan keras kepala. Allah telah menjelaskan hal ini dalam
al-Quran: “Adakah kamu sentiasa menyuruh manusia melakukan kebaikan, sedangkan kamu lupa pada dirimu sendiri, padahal
kamu sendiri telah membaca kitab Allah, tidakkah kamu boleh berfikir?” [al-Baqarah: 44].
Rupanya ilmu hanyalah
jalan mendapat hidayah atau pentunjuk Allah. Ilmu itu rupanya cuma lorong menuju kebenaran dan ilmu itu bukanlah destinasi.
Ilmu yang diperolehi oleh akal tidak mampu mengubah diri kita untuk mendapat rasa kehambaan kepada Allah, tapi hanya instrumen
yang tidak semestinya dipergunakan ke arah kebaikan. Ibarat pisau yang menjadi bermanfaat kalau digunakan untuk memotong daging
lalu dibuat sup, tetapi menjadi mudarat jika digunakan sebagai alat mencederakan manusia!
MENCARI HIDAYAH ALLAH
Firman
Allah: “Kitab Suci itulah hidayah petunjuk Allah; Allah memberi hidayah petunjuk dengan al-Qur’an itu kepada sesiapa
yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya
yang salah), maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya.” [al-Zumar 39:3]
Hidayah
Allah tidak datang kepada manusia hanya kerana mereka berilmu, kecuali manusia itu benar-benar mengharapkan petunjuk Allah.
Kepincangan akhlak yang berlaku sekarang ialah kerana hati manusia sudah tidak melihat ilmu sebagai wadah mengenal Allah dan
alat untuk berbakti kepada masyarakat kerana Allah. Tanpa niat yang baik, natijah buruklah yang menunggu walau ilmu yang dituntut
itu cukup baik. Benarlah sekali bicara suci Rasulullah s.a.w. yang diceritakan oleh Umar al-Khattab: “Sesungguhnya sebenar-benar
pekerjaan adalah berasaskan niat. Dan sesungguhnya bagi setiap insan itu apa yang telah diniatkannya....” [Muttafaq
Alayh]
Justeru apa yang berlaku sekarang ialah kerana tiadanya unsur-unsur ketuhanan, mahupun kesedaran moral dalam
menuntut ilmu. Remaja belajar adalah kerana arus, bukan kerana kesedaran atau niat untuk berbakti kepada Allah dan masyarakat
setelah cukup ilmunya.
Adakala kita tahu perkara itu tidak baik tapi kita tetap lakukannya. Tandanya, tahu itu tidak
memberi apa-apa kesan tanpa disusuli dengan amalan. Fahamlah juga kita, hidayah atau petunjuk kepada kebaran itu bukanlah
boleh dicari sebagai mana kita boleh mencari ilmu. Hidayah itu milik Allah yang dikurniakan kepada sesiapa sahaja yang dikehendakinya,
iaitu orang-orang yang mencari ilmu kerana mendamba hidayahnya.
Kita diberi pilihan untuk menjadikan kita termasuk
dalam orang-orang yang mendapat pentunjuk Allah. Menjadi orang-orang yang soleh, yang terpilih dan yang termasuk dari kalangan
hamba yang diredhai-Nya. Dengan syarat, kita serius dalam memohon petunjuk Allah. Sentiasa bermujahadah, melawan segala nafsu
buruk, menambah keikhlasan dan kualiti amalan kita. Dengan niat perhambaan pada Allah, tidak kiralah dalam amal ibadah khusus,
atau profesyen seharian, pasti kita diselamatkan daripada melakukan maksiat kepada Allah s.w.t. Hal ini kerana Allah pernah
berjanji: “Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya
Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya
(pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.” [al-Ankabut 29:69]
Pohonlah
hidayah Allah sebagaimana Allah mengarahkan kita melakukan permohonan setiap kali menunaikan sembahyang dalam setiap rakaat.
“Tunjukkanlah kami jalan yang lurus.” [al-Fatihah 1:6]. Doa ini akan sentiasa mengawal diri kita daripada tersasar
arah tuju. Hanya dengan niat kerana Allah, ilmu yang dipelajari walau sedikit, akan memberi manfaat. Saintis yung beretika,
pegawai yang amanah, jurutera yang ikhlas, ulama’ yang jujur, doktor yang mulia, ahli korporat yang tawaduk, dan masyarakat
berilmu, maju dan berakhlak, hanya akan lahir apabila ilmu diaplikasikan dengan betul bersama-sama hidayah daripada Allah.
jade
Dec 12 2004, 05:22 AM
[quote]kate abg sufi:Justeru apa yang berlaku sekarang ialah kerana tiadanya unsur-unsur ketuhanan,
mahupun kesedaran moral dalam menuntut ilmu. Remaja belajar adalah kerana arus, bukan kerana kesedaran atau niat untuk berbakti
kepada Allah dan masyarakat setelah cukup ilmunya[/quote]
yer abg sufi..jade dah tak buat lagi..
[quote]nati
nye soklan:bagaimana pula dengan org yg bukan islam ek?? natie pernah dengar yg org bukan islam pasti akan didedahkan
tentang kebenaran islam cuma keegoan mereka yg akan menentukan mereka kekal dengan agama mereka atau memeluk islam.. adakah
itu boleh dikatakan hidayah atau cuma sesudah mereka menerima islam barulah mereka diberi hidayah..
siapa tahu tolong
terangkan ek..[/quote]
allahu taala a'lam..Jade tak tau..Hidayah ni urusan Dia bukan..
tapi dalam sehari-hari
kita berkawan ngan non muslim ni, kita dapat perati golongan mana yg Allah campakkan hidayah..Hidayah itu adlh buat golongan
yg mencari-cari..dan yg suka perati menggunakan akal dan hati..secara peribadi, org macam ni..tak kira muslim atau non-muslim..dah
dapat cahaya dari Rabbul Izzati..jus hav to use it wisely..huhuhuhu :cry: